Sahabat

Hye..
Salam.. Bersua lagi kita untk entry Faez kali ni, Baca tak tajuk atas tu ??
Okay, malam ini Faez nak menulis Entry tentang "KAWAN a.k.a SAHABAT", Hidup kita memang tak akan lengkap jika tiada kawan kan.

















Kawan adalah peneman kita, kkdg Kawan ini dah macam adik beradik kita. Begitu besar dan indah makna Sahabat itu. Sahabat mmg senang di cari, dimana-mana sahaja kita pasti akan brjumpa dngan kawan. Untuk mencari kawan mmg senang, ttpi untuk mencari seorang Sahabat yang sejati mmg susah kan ? Bagaikan mencari sebutir mutiara di tengah lautan dalam.. Sedar atau xsedar, brapa ramai kawan yg mampu dan sanggup bersama dengan kita apabila kita brada dalam kesusahan ? Bila kita sakit ? Berapa ramai org yg ambil tahu tntang kita ? Brapa org kawan yg datang menjenguk kita bila kita sakit ? Ttapi, apabila kita ketawa dan gembira mnikmati kehidupan ini, begitu ramai kwan bersama kita. Namun apabila kita bersedih, berduka, menangis brapa ramai sahabat yang bersama dengan kita? Dimanakah mereka apbila kita memerlukan teman untuk bergantung? Dimanakah mereka disaat kite memerlukan suara semangat mereka ?

Apa yg dapat saya definasikan, YA, Mereka hanyalah sahabat yg akan bersuka dan beriang ria dngan kita namun tidak rela berduka dan bersusah payah dngan kita dikala kita dalam kesepian. Kini, zaman yang serba moden kini, lebih ramai Sahabat yg gemar "menanguk di air yang keruh" jika kita hendah membandingkan dengan sahabat sejati. Mereka akan lebih gemar mngambil kesempatan ke atas kekurangan kita. Apa yg ingin saya maksudkan bahawa sahabat sejati adalah adalah sahabat yg sanggup membela hak kita. Seperti yg kita ketahui bahawa Hang Jebat yg ingin menuntut bela di atas kematian sahabatnya yg sudah dianggap sperti saudaranya iaitu Hang Tuah. Apa yg difikirannya, Hang Tuah haruslah mendapat pembelaan wlaupun sehingga ke titisan darah yg terakhir.. Nah, Sudah terang lagi bersuluh ini lah yg bru dikatakan seorang sahabat.. Seorang sahabat yg sejati juga sanggup bersusah payah dengan kita. Dia tidak akn terus mmbiarkan kita dalam ksusahan. Cntohnya ketika Nabi Muhammad s.a.w dan shabatnya Abu Bakar di Gua Hira'. Baginda sedang tidur dan Abu Bakar melihat ada seekor ular mngeluarkan kepala dari lubang gua untuk mematuk baginda. Saidina Abu Bakar tidak sanggup ingin mengejut baginda lalu dia menutup lubang tersebut menggunakan tangannya. Apabila Rasulullah terbangun dari tidur, dia mendapati wajah sahabatnya begitu pucat menahan sakit. Sungguh tinggi nilai persahabatan yang ada dalam diri Abu Bakar.

Sebagai ksimpulannya, jlaslah kita bhwa untk mencari seorg sahabat sejati amat sukar sekali. Ini krana, sahabat sejati tidak berada dimana-mana even kita mrentas lautan api, kita mendaki gunung yang tinggi wlaupun masuk ke dalam hutan yang tebal sekalipun kita tetap tidak akan menemuinya. SAHABAT sejati tidak diperdagangkan dan tidak boleh diwarisi kerana ia lahir dari hati yang ikhlas. semoga sahabat seperti ini tidak akan pergi meninggalkan kita dahulu. Jika boleh, biarlah kita yang melelapkan mata buat selama-lamanya dahulu kerana tidak sanggup merasakan kekosongan apabila ditinggalkan sahabat seperti ini.
Okay, sampai disini sahaja entry untuk malam ini okay,
Tengok-tengok la gambar Faez dengan Kawan Faez bawah ini okay.

















     
      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan